Sunday 1 December 2019

KYORITSU 3165 repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah 'insulation tester' berjenama KYORITSU, Model: 3165 dengan masalah tidak dapat digunakan.
Jenama: KYORITSU, Model: 3165

Nota pada penutup bahagian dalam...

Setelah penutup dibuka...
Setelah penutupnya dibuka dan diuji, saya dapati bahawa lampu indikator berwarna merah untuk 'power on' malap seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Lampu 'power on' malap...
Saya buka buka penutup bateri dan keluarkan bateri serta periksa terminal penyambung bateri. Keempat-empat terminalnya bersih seperti baru.

Sebelum ini saya pernah membaiki sebuah 'insulation teaster' yang serupa dan masalahnya ialah terminal bateri berkarat akibat cecair bateri yang bocor.
Terminal battery elok...
Apabila saya periksa baterinya, voltan cuma tinggal 0.75v sahaja dan harus ditukar sebab voltan untuk sebiji bateri biasa ialah 1.5v dan 1.2v untuk 'rechargeable battery'.
Bateri cuma 0.745v sahaja...
Senang sahaja kerja membaiki kali ini, saya tukar keempat-empat bateri tersebut dan setelah diuji ianya masih elok seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Tested - ok
Pelik tapi benar, sepatutnya pemunya 'insulation tester' harus tahu asas seperti ini.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.