Hari ini saya berjaya membaiki sebuah kipas pengudaraan (ventilation fan) atau juga dikenali sebagai 'exhaust fan' yang rosak akibat disambar petir/kilat. Pemiliknya juga orang yang sama meminta saya membaiki papan litar penghawa dinginnya yang juga rosak akibat disambar petir pada masa yang sama dan anda boleh membacanya di
sini.
 |
Model: APB25-5-30 |
Sebelum dibuka, pemeriksaan awal mendapati tiada 'continuity' pada wayar neutral (N) yang berwarna biru.
 |
38w |
Setelah motor dibuka dan diperiksa, hanya wayar neutral (N) yang putus dan setelah puas mencari akhirnya saya menjumpai wayar yang putus tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
Wayar neutral (N) putus dijumpai... |
Wayar tersebut saya sambung kembali kepada wayar biru dan pemeriksaan seterusnya mengejutkan saya iaitu 'thermal fuse' masih elok dan tidak putus.
 |
Sambung kepada wayar berwarna biru... |
Untuk makluman semua, kerja membaiki motor harus dilakukan dengan berhati-hati agar tidak memutuskan wayar halus pada bahagian stator motor.
 |
susun dan ikat kembali kepada stator motor... |
Pastikan kesemua wayar yang ada mempunyai 'continuity' sebelum memasangnya kembali dan diuji. Sekiranya masih terdapat wayar yang tiada 'continuity', bermaksud wayar bahagian stator motor masih ada yang putus.
 |
Pasang kembali semua yang telah dibuka.. |
Begitu juga ketika proses memasang kembali apa yang telah dibuka juga harus dilakukan secara berhati-hati agar tidak merosakkan wayar halus bahagian stator motor.
 |
Siap... |
Keseluruhan proses membaiki kali ini mengambil masa kira-kira 2 jam untuk disiapkan dan telah diuji serta masih boleh digunakan.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.