Saturday, 14 December 2019

Baiki alat kawalan jauh SAMSUNG

Sejak saya kongsikan cara-cara memeriksa dan membaiki alat kawalan jauh tidak lama dahulu dan anda boleh membacanya di sini, kes kerosakkan alat kawalan jauh (remote control) yang dirujuk kepada saya untuk dibaiki telah banyak berkurangan.
Alat kawalan jauh berjenama SAMSUNG
Kes kerosakkan akibat kebocoran bateri juga telah berkurangan namun masalah alat kawalan jauh yang dirujuk kepada saya kini semakin rumit disebabkan ramai telah pandai membuka dan membaikinya sendiri.
Setelah papan litar dikeluarkan...
Setelah ramai telah pandai buka serta membaikinya sendiri kini kerosakkan yang dirujuk kepada saya adalah disebabkan oleh mereka yang DIY sendiri. Contohnya ialah alat kawalan jauh yang saya kongsikan hari ini iaitu dengan masalah butang 'channel up' dan 'volume down' tidak berfungsi bila ditekan.

Apabila dibuka dan diperiksa saya dapati terdapat litar yang putus akibat diumpil oleh pemilik dan telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
Litar putus...
Untuk makluman semua, litar tersebut amat halus dan memerlukan kepakaran untuk menyambungnya kembali. Gambar di bawah menunjukkan litar yang putus telah saya sambung kembali dengan wayar tembaga dan dipateri satu per satu.
Sambung litar yang putus...
Setelah siap disambung kembali dan diuji, alat kawalan jauh tersebut kini masih boleh digunakan.
Tested - ok
Gambar di bawah menunjukkan bekas penutup alat kawalan jauh tersebut yang telah diumpil oleh pemilik sehingga mengakibatkan kerosakkan litar pada papan litar.
Bekas bahagian yang diumpil oleh pemilik...
Ini lah salah satu contoh 'tikus membaiki labu'. Pada firasat saya, masalah asal alat kawalan jauh ini ialah tidak berfungsi bila ditekan iaitu rosak akibat kebocoran cecair bateri. Pemilik telah buka dan bersihkan apa yang patut namun secara tidak langsung merosakkan papan litarnya ketika membukanya.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.