Papan litar seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di
sini dan
sini.
 |
CE-KFR32GW/I1Y(s) |
Beberapa minggu yang lepas saya dirujuk sebuah papan litar yang sama tetapi versi yang berbeza iaitu V2.6 (version 2.6).
 |
V2.7 (version 2.7) |
Pemilik memberitahu saya bahawa dia telah menukar papan litar yang baru dengan versi 2.7 (V2.7) dan penghawa dinginnya tidak dapat berfungsi. Jadi, pemilik meminta saya membaiki papan litar asalnya V2.6.
 |
Penutup relay pecah (meletup) |
Papan litar asal versi 2.6 telah rosak akibat disambar petir/kilat dan keadaan kerosakkannya boleh dilihat seperti pada gambar di atas dan di bawah.
 |
Peneutup relay pecah (meletup) |
Setelah diperiksa menyeluruh, komponen yang didapati rosak ialah:-
- sebiji fius 3.15A
- relay 20A, 12v pecah
Walaupun penutup relay tersebut telah pecah, ianya masih elok bila diuji. Saya tukar juga relay tersebut atas alasan keselamatan (safety reason).
 |
Relay lama & baru... (20A, 12V) |
Semalam pemilik memberitahu saya bahawa papan litar (V2.6) yang telah saya baiki boleh digunakan namun kipas pada kompressornya juga rosak akibat disambar petir.
 |
Siap... |
Peringatan: Jika anda membeli papan litar yang baru, pastikan versi papan litar juga sama.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.