Friday 27 December 2019

JOVEN EC802 flow sensor repair

Semalam saya dirujuk sebuah lagi 'water heater' dengan masalah yang biasa iaitu tidak panas namun masalahnya berbeza dengan 'water heater' yang pernah saya baiki sebelum ini.
'Flow sensor' bermasalah...
Ketika dibuka dan diperiksa saya dapati 'thermal fuse' tiada continuity dan seperti biasa saya akan cuba reset dengan menekan butang reset seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Setelah reset, thermal fuse tersebut tidak rosak dan masih boleh digunakan.
reset thermal fuse...
Untuk makluman semua, jika thermal fuse putus bermaksud suhu pemanasnya telah mencecah atau melebihi tahap normal. Kita perlu cari puncanya, jika tidak ia akan putus lagi atas sebab dan masalah yang sama.
Buka 'flow sensor'...
Pemeriksaan menyeluruh mandapati bahawa 'flow sensor' tidak berfungsi dengan sempurna iaitu reed switch tidak padam apabila tiada air yang mengalir masuk ke 'water heater' tersebut. Apabila saya buka 'flow sensor' tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di atas, magnetnya telah berkarat serta kembang dan tidak bebas bergerak.
Magnet berkarat, kembang & retak...
Gambar di bawah menunjukkan keadaan magnet yang berkarat setelah dibuka. Memandangkan tiada alat ganti di pasaran tempatan, saya baiki untuk kegunaan sementara sehingga alat ganti yang baru tiba.
Magnet berkarat, kembang & pecah...

Apa yang saya lakukan ialah membuang karat pada magnet tersebut dan pasang kembali ke kedudukan asalnya dengan mencantumkannya semula menggunakan super glue. Gambar di bawah menunjukkan keadaan magnet yang telah saya baiki untuk kegunaan sementara.
Untuk kegunaan sementara...

Selamat mencuba...

8 comments:

  1. Smat sejahtera tuan. Nak tanya. Model Joven 838
    Bila on, reed swithch akan glow dgn terang lepas tu akan suis tu dah tak fungsi lagi. Dah tukar 3 reed suis, masih sama shaja. Apa yg menyebabkan reed suis jadi begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya belum pernah dirujuk masalah water heater dengan masalah sedemikian. Fungsi reed switch hanya sebagai suis sahaja. Kemungkinan ada kerosakan komponen lain pada papan litar atau mungkin kerosakkan triac.

      Delete
  2. Hello sir!

    Saya ada masalah yang sama. Bos beli magnet baru dari mana ya? Atau bos tukar terus 1 set flow sensor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar magnet sahaja, beli di shopee. Taip 'joven magnet' dan cari...

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/01/joven-water-heater-flow-sensor-repair.html

      Delete
  3. macam mana bukak penutup flow sensor . tarik saja atau scew in /out

    ReplyDelete
  4. Hi wong , do u fix water heater ?

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.