Peti keselamatan (safes) seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di
sini.
 |
JVD Iconic Top Open |
Masalah kali ini juga sama dengan peti keselamatan yang telah saya baiki dahulu iaitu nombor 1, 2 & 3 tidak berfungsi bila ditekan.
 |
Setelah dibuka... |
Oleh kerana masalahnya sama, maka saya periksa bahagian yang sama seperti peti keselamatan yang lepas namun gagal menemui sebarang kerosakkan.
 |
Ada litar pintas pada papan litar ini... |
Seterusnya saya periksa papan litar (3 papan litar sahaja) dan mendapati terdapat litar pintas pada salah satu papan litarnya iaitu seperti pada gambar di atas.
 |
Litar pintas pada zener diod... |
Pemeriksaan awal pada bahagian bawah papan litar juga tidak menemui sebarang komponen yang rosak dan menyebabkan litar pintas.
 |
Gantikan zener diod... |
Seterusnya saya membuka IC utamanya dan mendapati terdapat 2 komponen di bawahnya. Setelah diperiksa kedua-dua komponen tersebut, zener diod yang berlabel ZD103A didapati mengalami litar pintas.
 |
Zener diod ZD103A yang rosak... |
Setelah zener diod tersebut saya ganti dan diuji, kini butang 1, 2 & 3 kembali berfungsi bila ditekan.
 |
Pasang kembali apa yang telah dibuka... |
Banyak pengalaman seperti ini (masalah yang sama tetapi kerosakkan yang berbeza) pernah saya jumpa dan ini merupakan salah satu contohnya.
 |
Tested - ok |
Majoriti jika benda yang sama mengalami masalah yang sama, kerosakkannya biasanya juga adalah sama. Pengalaman lepas saya mendapati bahawa hanya kira-kira 5% sahaja yang mengalami masalahnya yang sama tetapi kerosakkan yang berbeza.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.