Hari ini saya dirujuk sebiji timer berjenama RAYON, Model: RY3-2 dengan masalah langsung tidak dapat dihidupkan walaupun arus elektrik telah dibekalkan.
 |
Jenama: RAYON, Model: RY3-2 |
Kegunaan timer tersebut ialah sebagai 'delay switch' dan boleh dilaras dari 0 saat sehingga 60 saat. Katakan jika kita laraskan timer tersebut kepada 10 saat, ia cuma akan menghidupkan relay di dalamnya selepas 10 saat setelah elektrik dibekalkan kepadanya.
 |
Setelah dibuka... |
Setelah dibuka, salah satu wayar telah putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan telah saya sambung kembali ke kedudukan asalnya.
 |
Sambung balik wayar yang putus... |
Pemeriksaan menyeluruh cuma menjumpai kerosakkan pada sebiji kapasitor 'low esr' dengan nilai 47uF, 50v dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
 |
Kapasitor yang rosak... |
Setelah kapasitor tersebut saya ganti dan diuji, ianya kembali berfungsi dan masih boleh digunakan.
Ketika arus elektrik dibekalkan kepada timer tersebut, lampu led merah tersebut akan berkelip-kelip dan berhenti berkelip setelah masa yang kita laras telah tamat.
Jika anda laraskan timer tersebut kepada 10 saat, lampu led tersebut akan berkelip sebanyak 10 kali.
 |
Connection diagram... |
Gambar di atas dan di bawah merupakan cara bagaimana timer tersebut di sambung. Bekalan elektrik AC disambung kepada pin nombor 2 dan nombor 7.
 |
Pin pada timer tersebut... |
Cara untuk memeriksa dan mengesahkan timer tersebut masih elok atau sebaliknya ialah seperti berikut:-
- sebelum arus elektrik dibekalkan kepada timer tersebut, pin nombor 1 & 4 serta 5 & 8 mempunyai 'continuity'.
- setelah arus elektrik AC dibekalkan kepada pin nombor 2 & 7 serta tunggu sehingga lampu merah berhenti berkelip. 'Continuity' akan bertukar ke pin 1 & 3 serta 6 & 8.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.