Tuesday, 10 December 2019

FLUKE 115 True RMS multimeter repair

Multimeter merupakan salah satu peralatan yang penting jika anda bekerja dalam bidang elektrik dan elektronik. Terdapat bermacam-macam multimeter boleh didapati di pasaran dengan julat harga dari belasan ringgit sehingga ke ribuan ringgit.
FLUKE 115
Multimeter yang saya ingin kongsikan kali ini berjenama FLUKE, Model: 115 dan harganya di pasaran sekarang ialah kira-kira RM900.00 sebuah.
Buka ketiga-tiga skru untuk membuka penutup belakang multimeter...
Saya beli multimeter ini dari rakan sekerja dengan harga RM150.00 sahaja dan setelah diuji semua berkeadaan baik dan cuma tidak dapat mengukur arus elektrik dalam unit ampere.
Setelah penutup belakang di buka...
Jika dilihat pada gambar pertama di atas, multimeter ini dilengkapi dengan fius 10A dan saya syak fius tersebut putus.
11A, 1000v
Setelah dibuka dan diperiksa ternyata fiusnya putus dan fius yang digunakan ialah 11A dan bukannya 10A seperti yang boleh dilihat pada gambar pertama di atas.
10A, 380v
Oleh kerana fius yang sama seperti asal tidak dapat diperolehi di pasaran tempatan maka saya cari fius yang hampir sama atau paling dekat iaitu 10A namun hanya mampu bertahan sehingga 380v sahaja untuk kegunaan sementara.

Selama ini saya telah banyak menggunakan multimeter murah dan ianya akan rosak dan tidak dapat dibaiki lagi jika kita mengukur arus elektrik yang melebihi had kemampuanya walaupun dilengkapi dengan fius.

Nasihat saya ialah, elakkan menggunakan multimeter anda untuk mengukur arus elektrik (ampere) jika anda tidak pasti kemampuan multimeter anda.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.