Tuesday 3 December 2019

Karcher NT 361 Eco wet & dry vacuum cleaner

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah penyedut hampagas berjenama KARCHER, Model: NT 361 Eco dengan masalah butang suis jika dilepas, penyedut hampagas tersebut akan padam.
Jenama: KARCHER, Model: NT 362 Eco
Maksudnya jika nak guna penyedut hampagas tersebut, kena tekan butang suis dan tidak boleh dilepaskan. Jadi, masalahnya ialah pada butang suisnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Butang suis
Setelah butang suis tersebut saya umpil dan dikeluarkan, salah satu kaki suis tersebut bengkok dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Salah satu kaki butang tersebut bengkok...
Oleh kerana butang suis tersebut diperbuat daripada plastik/getah, jadi untuk meluruskannya anda perlu panaskan dan bengkok kembali. Saya menggunakan pemetik api dan panaskan bahagian yang bengkok tersebut dan kepit dengan menggunakan 'long nose plier' dan tunggu sehingga sejuk.

Gambar di bawah menunjukkan salah satu kaki suis yang bengkok telah saya luruskan dan setelah dipasang kembali kepada penyedut hampagas tersebut dan diuji, masalah yang disebutkan di atas telah selesai.
Dah lurus...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.