Sebelum ini saya pernah membaiki 'induction cooker' dengan masalah tidak panas dan anda boleh membacanya di
sini,
sini dan
sini.
 |
Jenama: Pensonic |
Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki induction cooker dan pemilik memberitahu saya bahawa ianya mengeluarkan kod E1.
 |
Model: PIC-16 |
Gambar di bawah menunjukkan kod E1 yang saya dapat apabila menguji induction cooker tersebut.
 |
Kod E1 |
Kod E1 bermaksud ada masalah pada papan litarnya.
 |
Maksud kod |
Gambar di atas menunjukkan kod yang biasa dijumpai pada induction cooker serta maksudnya.
 |
Setelah penutup dibuka... |
Setelah dibuka, benda yang menarik perhatian saya ialah bangkai cicak yang telah kering dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
 |
Bangkai cicak... |
Pemeriksaan awal hanya menemui sebiji kapasitor utama
dengan nilai 4.7uF, 400v didapati rosak seperti telah saya tandakan pada
gambar di bawah.
 |
Kapasitor utama rosak... |
Setelah kapasitor utama tersebut saya ganti dengan yang baru dan diuji, kini kod bertukar menjadi E0 apabila saya letak sesuatu di atasnya.
 |
Error code - E0 |
Hampir kesemua komponen telah saya periksa pada awalnya dan kali ini saya terpaksa membuka 'heat sink' pada transistor serta bridge rectifier dan terdapat beberapa biji perintang yang tersembunyi di bawahnya.
 |
Perintang 300kΩ bermasalah...
|
Akhirnya saya menemui sebiji perintang 300k
Ω (oren, hitam, hitam, oren, merah) dengan nilai 4.8mΩ bila diukur pada papan litar dengan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
4.8mΩ... |
Untuk kepastian, saya keluarkan perintang tersebut dari papan litar dan ukur semula. Gambar di bawah menunjukkan bacaan yang saya dapat.
 |
Setelah dikeluarkan dari papan litar - 4.8mΩ |
Perintang lain yang berada di bawah 'heat sink' tersebut telah saya periksa dan kesemuanya masih elok.
 |
Testing... |
Setelah perintang 300k
Ω tersebut saya tukar dengan yang baru dan diuji, kini induction cooker tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.