Friday, 1 September 2017

Induction cooktop - CHINDUCT PB900 repair

Hari ini saya nak kongsikan cara membaiki induction cooktop berjenama CHINDUCT, model: PB900.

Induction cooktop ini dirujuk kepada saya dengan masalah tidak panas dan kipas tidak berfungsi.
Pemandangan sebelum di buka
Pemandangan setelah dibuka
Setelah dibuka dan diperiksa, masalah yang menyebabkan induction cooktop ini tidak panas ialah disebabkan oleh tiada bekalan elektrik kepada bahagian pemanas. Punca tiada bekalan elektrik adalah disebabkan kerosakan pada 'relay' seperti yang dilabelkan nombor 1 pada gambar di bawah.

Setelah diperiksa menyeluruh, saya juga dapati kapasitor 2uF (ac) juga perlu diganti di sebabkan setelah di periksa dengan meter, bacaan menunjukan cuma 1.3uF sahaja. (kapasitor di label dengan nombor 2 pada gambar di bawah)

Untuk makluman jika bacaan kapasitor kurang 10% dari nilai sebenar haruslah di ganti agar peralatan elektrik berfungsi di tahap yang optimum.
1. relay 2. Kapasitor 2uF
Jika anda mencari alat ganti komponen elektronik, anda haruslah mencari yang sama dengan komponen asal.

Sebagai contoh kapasitor 2uF, pastikan cari yang sama 2uF sahaja. Pastikan anda tahu kapasitor tersebut ac atau dc.

Begitu juga dengan relay, pastikan bacaan voltan serta ampere adalah sama. Relay yang perlu saya cari ialah 24v, 16A.
Atas: kapasitor 2uF (ac)  Bawah: Relay (24V)
Setelah di ganti (relay & kapasitor), induction cooktop kini berfungsi seperti biasa. Pastikan peralatan elektronik yang anda baiki haruslah diuji terlebih dahulu
Alhamdulillah.. boleh pakai lagi.
Tips:-
  1. Jika induction cooktop anda tidak berfungsi langsung, pekara pertama yang harus anda periksa ialah belakan elektrik. pastikan fius tidak putus pada plug 3-pin & fius dalam papan litar.
  2. Jika fius tidak putus, seterusnya anda kena periksa transistor & rectifier pada papan litar.
  3. Jika bekalan elektrik tiada masalah tetapi tidak panas, anda kena periksa sensor serta pemanas (heater).
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.