Friday 1 July 2016

Satria GTi hilang dijumpai namun dilarikan pencuri semula

Kereta Satria GTi saya telah hilang pada 04/06/2016, namun pada 23/6/16 saya terjumpa kereta tersebut dan setelah diperiksa dan yakin kereta tersebut adalah kereta saya yang telah diubahsuai, saya membuat laporan polis. Nasib tidak menyebelahi saya di mana pencuri telah sekali lagi melarikan kereta tersebut dan hampir melanggar saya sebelum polis peronda tiba.

Begini lah rupa kereta saya ketika dijumpai...

Polis peronda sempat mengejar namun gagal. Berikut merupakan kejadian yang berlaku:-

  1. Setiap hari bila ada masa terluang saya akan mencari kereta saya yang hilang. Ketika terjumpa (walaupun telah diubah suai) saya masih cam kereta tersebut adalah milik saya yang hilang.
  2. Setelah diperiksa dan yakin 100% ianya kereta milik saya, saya menelefon bilik gerakan di talian 085-433730 dan polis peronda menelefon saya dlm masa kira-kira beberapa minit menanyakan lokasi saya ketika itu.
  3. ketika saya berinteraksi dengan polis peronda, pencuri telah menghampiri kereta tersebut dan membuka pintu kereta dan menyebabkan pengera kereta berbunyi. Pencuri meminta bantuan mekanik kedai di mana kereta tersebut dipakir memadamkan pengera. Setelah pengera dimatikan, pencuri menghidupkan kereta & terus lari dan hampir melanggar saya sebab saya berada di hadapan kereta.
  4. Pada masa yang sama, polis peronda pun muncul dan mengejar namun gagal. Polis peronda telah menasihatkan saya agar membuat laporan polis sejurus selepas itu.
  5. Apa yang mengecewakan saya bila tiba di balai polis, pihak polis tidak mahu mengambil laporan saya disebabkan kereta belum dijumpai dan laporan lepas diguna pakai. Sebenarnya tujuan saya membuat laporan semula ialah ingin memberi info yang saya dapat ketika menjumpai kereta tersebut. Bagaimana pihak polis membuat siasatan tanpa info?
Antara ubah suai yang telah dibuat oleh pencuri ialah:-
  1. Nombor pendaftaran telah bertukar ke WFC5283 (No. asal QKW5586)
  2. bumper depan telah di tukar
  3. lampu signal tepi juga di tukar
  4. lampu brek belakang di tukar
  5. bonet belakang ditukar
  6. keempar-empat rim/tayar juga di tukar
  7. semua cermin gelap
Pihak polis telah menyiasat dan nombor pendaftaran yang digunakan ialah kereta yang telah mengalami kemalangan dan tidak dibaiki. Jenis kereta tersebut juga Satria tetapi 1.3L. Saya juga sempat melihat cukai jalan yang dilekatkan pada cermin kereta di mana cukai jalannya cuma RM55 setahun. Satria GTi kena bayar dua ratus lebih setahun untuk cukai jalan.

Kini saya cuma tunggu siasatan polis dengan harapan kereta saya dijumpai semula...

Jika pencuri terbaca blog ini, tolong pulangkan kereta saya. Kereta itu sungguh bermakna dlm sejarah hidup saya. Tiada intan berlian mahupun wang ringgit boleh menggantikannya. Sesungguhnya walaupun hanya sebuah kereta, namun kehilangannya adalah sama seperti kehilangan org tersayang dlm hidup kita...

Jika anda terjumpa atau mempunyai info, tolong khabarkan kepada saya di talian 011-369 10799. Jasa baik anda semua amat dihargai. Terima Kasih...






No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.