Tuesday, 25 September 2018

Baiki PENSONIC PIC-20 induction cooker

Hari ini saya kongsikan benda yang pernah saya baiki dahulu tetapi jenama yang berlainan. Benda yang dimaksudkan ialah induction cooker berjenama PENSONIC, Model: PIC-20. Jenama induction cooker yang telah saya baiki dahulu ialah ELETROLUX dan anda boleh buat rujukan di sini.
Pandangan atas induction cooker
Masalah induction cooker ini ketika dirujuk kepada saya ialah boleh dihidupkan tetapi tidak panas. Masalaynya juga sama dengan induction cooker eletrolux dahulu.
Buatan Malaysia?
Pandangan dalam setelah bahagian atas di buka

Papan litar
Setelah diperiksa menyeluruh, komponen yang rosak dan perlu diganti hanyalah sebiji IGBT Transistor dengan nombor rujukan H20R1203 seperti pada gambar di bawah.
Komponen yang rosak

IGBT Transistor - H20R1203

Bahagian bawah papan litar
Setelah transistor tersebut diganti & diuji, induction cooker tersebut boleh digunakan semula.
Tested - OK
Untuk pengetahuan semua, jika anda mempunyai induction cooker yang boleh dihidupkan tetapi tidak panas, anda boleh lah buka sendiri & cari transistor tersebut dan tukar.

Selamat mencuba...

4 comments:

  1. Thank you for your sharing. My Pic 20 wire was bitten and damaged by rat. Is it possible to change the wire and plug ourself and where can I buy wire and plug replacement? Thanks.
    Wayar Pic 20 digigit oleh tikus Dan copper wire telah terdedah sedikit Dan risau bahaya jika terus digunakan. Bolahkah saya menggantikan wayar dan plug? Di mana saya dapat membeli alat gantian berkenaan? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli wayar & plug, tukar sendiri. Jika tidak ada asas, minta bantuan pakar yang berhampiran dengan anda. Selamat mencuba...

      Delete
  2. Terima kasih En Wong atas respon yang pantas serta cadangan yang membantu. Akan cuba membaikinya dengan bantuan juru teknik supaya keselamatan lebih terjamin. Thanks again.

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.