Thursday 7 March 2024

Cukai perkhidmatan SST 8% mulai 01/03/2024

Negara kita telah memperkenalkan cukai GST (goods & services tax) pada kadar 6% sewaktu PM Najib Razak mulai 01/04/2015 namun dimansuhkan setelah kerajaan BN (barisan nasional) diganti oleh kerajaan PH (pakatan harapan) pada tahun 2018.

Negara kita kembali kepada sistem percukaian SST (sales & services tax) semula mulai 01/09/2018 juga pada kadar 6%.

Sewaktu pandemik CoVid-19 melanda dunia pada tahun 2020, banyak sektor perniagaan telah dikecualikan cukai perkhidmatan.

Pandemik CoVid-19 masuk peralihan fasa ke endemik mulai 02/04/2022 dan sektor perniagaan kembali rancak secara berperingkat setelah sempadan negara dibuka semula.

Awal tahun ini kerajaan telah mengenakan cukai jualan sebanyak 10% untuk pembelian dalam talian barangan dari luar negara yang menyaksikan kenaikkan harga barang import sebanyak 10% dan telah saya kongsikan di sini.

Mulai 01/03/2024, kerajaan kita telah mengumumkan kenaikkan cukai SST dari 6% kepada 8% selain mengenakan semula cukai kepada sektor yang dahulunya dikecualikan sewaktu pandemik CoVid-19.

Dulu RM8, kini RM8.48...

Kerajaan juga mengenakan semula cukai perkhidmatan sebanyak 6% kepada kos penghantaran untuk pembelian dalam talian yang menyaksikan kos penghantaran kini naik sebanyak 6% seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Kos penghantaran dari China ke Sarawak - RM8.48

Gambar tangkap layar di atas dan di bawah saya ambil dari aplikasi shopee dan anda boleh bandingkan sendiri kenapa dari dulu lagi saya kata barangan dalam negara jauh lebih mahal berbanding import termasuk kos penghantaran.

Kos penghantaran dari Malaya ke Sarawak - RM10.60

Kenapa perlu berbelanja lebih untuk dapatkan barangan yang sama?

Seringkali kerajaan memberi alasan kenaikkan cukai tidak memberi kesan kepada rakyat. Adakah ini benar? Anda ada jawapanya dari gambar tangkap layar di atas. Siapa yang bayar tambahan peratusan kenaikkan SST tersebut? Tepuk dada tanya diri sendiri...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.