Monday 26 July 2021

ABB Hotel Key Card Switch repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'key card switch' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

ABB key card switch/holder

Pagi ini saya dirujuk sebuah lagi 'key card switch' yang serupa dan pemilik mamberitahu saya masalahnya ialah lampu indikator tidak menyala.

Setelah dibuka...

Apabila saya uji, lampu indikator berwarna kuning memang tidak menyala namun ketika suis dihidupkan, bunyi 'tik' kedengaran iaitu relay telah dihidupkan walaupun tiada kad dimasukkan dan tak padam setelah sekian lama menunggu.

Buka lagi...

Lampu indikator berwarna kuning akan menyala dan relay tidak dihidupkan apabila dibekalkan elektrik untuk suis yang elok. Relay hanya akan dihidupkan setelah kad dimasukkan. Apabila kad dikeluarkan, lampu indikator akan menyala semula setelah 30 saat.

Sambungan pengesan (sensor) putus...

Setelah dibuka serta diperiksa, tiada komponen yang rosak ditemui. Saya berpendapat ini adalah masalah sensor dan pemeriksaan menyeluruh mendapati salah satu terminal sensor putus dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Bengkokkan pin dan pateri ke litar...

Oleh kerana bahagian yang putus ialah litar pada pinnya, saya bengkokkan pin dan sambungkan ke litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

'Key card switch' ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah dengan hanya menyambungkan kembali salah satu litar ke terminal sensor yang putus di atas.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.