Wednesday 28 July 2021

Masalah air tak berhenti masuk ke mesin basuh LG WF-F733PC

Minggu lepas saya dirujuk dua buah mesin basuh yang sama tetapi dengan masalah yang berbeza.

masalah 'air sentiasa masuk'...

Masalah mesin basuh ini ialah air tak henti-henti masuk setelah air paip dibuka sehingga meleleh keluar serta membanjiri lantai. Kita biasa dengar masalah air tak mengalir masuk namun yang ini agak pelik dan mari kita rungkai puncanya...

Model" WF-F733PC

Untuk kepastian, saya tiup menggunakan mulut ke 'inlet valve' dan angin boleh masuk. 'Inlet valve' yang elok sepatutnya sentiasa tutup dan air tidak boleh mengalir masuk sehingga injap (valve) dihidupkan.

injap (valve) elok - 4.5kΩ

Gegelung (coil) injap tersebut masih elok ketika saya periksa menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Buka 'inlet valve'...

Setelah saya buka bahagian mekanikal injap, saya perasan salah sebiji skru kelihatan berlainan dari yang lain. Ianya adalah skru untuk penutup bahagian belakang mesin basuh dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Sebiji skru berlainan dari yang lain...

Jadi, injap ini telah serta pernah dibuka sebelumnya oleh seseorang. Pemeriksaan menyeluruh mendapati bahawa injap ini tidak tertutup sebab spring untuk menahan injap telah tiada didalamnya.

Spring di dalamnya hilang...

Injap yang elok adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan spring yang hilang saya maksudkan telah ditandakan pada gambar di bawah.

Sepatutnya ada spring...

'Inlet valve' tersebut gagal dibaiki dan harus digantikan dengan yang baharu gara-gara kehilangan spring sahaja. Masalah kebocoran air di atas selesai setelah menukarkan 'inlet valve' yang baharu.

Persoalannya ialah bagaimana spring tersebut boleh hilang? Dari skru yang berbeza pada 'inlet valve' ditemui di atas, jelas ianya telah dibuka seseorang namun apa tujuan mengeluarkan spring tersebut? Mungkinkah ianya terlupa dipasang kembali atau sengaja dilakukan dengan tujuan tertentu...

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.