Transformer ini telah lama saya simpan dan masalahnya ialah tidak menghasilkan voltan output apabila dibekalkan arus elektrik.
![]() |
Setelah penutup dibuka... |
Seperti boleh dilihat pada gambar di atas, bahagian primary transformer ini mempunyai 4 wayar dan kesemua wayar tersebut tidak mempunyai keterusan (continuity) ketika saya periksa menggunakan multimeter.
![]() |
Buka 'iron core'... |
Cara membuka transformer ini ialah dengan membuka 'iron core' dahulu seperti boleh dilihat pada gambar di atas. 'Iron core' dipasang dari gabungan kepingan besi berbentuk huruf E & I serta boleh dibuka satu per satu.
![]() |
Bacaan coil secondary - 1.4Ω |
Setelah 'iron core' telah dibuka, bahagian yang tinggal ialah lilitan gegelung primary dan secondary. Bacaan rintangan pada gegelung primary ialah 1.4Ω.
![]() |
Bacaan primary petama - 38.6Ω |
Saya juga menemui dua lagi terminal pada bahagian belakang tranformer dan mendapati ada dua gegelung dengan bacaan rintangan 38.6Ω dan 32.5Ω masing-masing seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
![]() |
Bacaan primary kedua - 32.5Ω |
Saya berpendapat transformer ini mempunyai dua coil dan kemungkinan ianya direka untuk kegunaan 110vac & 220vac namun kenapa kempat-empat wayar pada gegelung primary tiada keterusan?
![]() |
Gabungkan kedua-dua coil primary... |
Sebagai percubaan, saya gabungkan coil pertama & kedua dengan menyambungkan terminal tengah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Bacaan rintangan dari gabungan di atas ialah 70.3Ω.
![]() |
Jumlah primary coil - 70.3Ω |
Untuk keselamatan, saya sambungkan sebiji lampu mentol 100w selari dengan bekalan elektrik. Apabila suis bekalan elektrik dihidupkan, lampu mentol menyala terang dan ini memberitahu saya ada litar pintas.
![]() |
2 biji thermal fuse putus - 115C |
Seterusnya saya buka gegelung luar bahagian primary dan mendapati ada dua biji 'thermal fuse' di dalamnya dan kini baru saya faham kenapa keempat-empat wayar tersebut tiada keterusan ketika mula-mula diperiksa. Setiap gegelung primary dilengkapi dengan sebiji 'thermal fuse' dan kedua-duanya putus.
![]() |
Sambungkan wayar primary... |
Ketika membuka lilitan gegelung di atas, saya kira jumlah lilitannya iaitu sebanyak 630 lilitan. Seterusnya saya buang kedua-dua 'thermal fuse' tersebut dan sambung wayar yang dibuka sebelumnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
Setelah siap digulung... |
Saya gulung semula sebanyak 630 lilitan sahaja dan wayar selebihnya saya potong. Lebihan wayar tersebut adalah berikutan gegelung asal lebih besar sebab ditambah dengan dua biji 'thermal fuse.
![]() |
Bacaan coil primary - 69.5Ω |
Setelah siap dan diperiksa, jumlah rintangan gegelung primary kini cuma 69.5Ω sahaja sebab ada sebahagian yang telah saya potong.
![]() |
voltan output - 15.55vac |
Transformer ini telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula. Bacaan voltan output tanpa 'load' ialah 15.55vac seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
Siap... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.