Tuesday 27 July 2021

Baiki suis lampu meja


Sebelum ini saya pernah kongsikan cara membaiki lampu sebegini dan anda boleh rujuk di sini.

Lampu meja...

Kali ini saya juga dirujuk lampu serupa dengan masalah yang sama iaitu tidak menyala apabila dibekalkan arus elektrik.

Wayar putus...

Pemeriksaan awal mendapati sambungan wayar pada soket mentol putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Wayar tersebut putus sebab soket telah longgar dan ketika menukarkan mentol, ianya terlebih pulas yang seterusnya mengakibatkan wayar putus.


Setelah wayar soket telah saya sambung kembali dan diuji, lampu masih tidak menyala. Pemeriksaan seterusnya mendapati suis yang disambungkan kepada lampu tersebut bermasalah seperti boleh dilihat pada klip video di atas.

Setelah penutup suis dibuka...

Masalahnya ialah suis tidak bersentuh apabila ditekan dan puncanya ialah disebabkan butang suis telah haus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah setelah dibuka.

terminal butang suis haus...

Gambar di bawah menunjukkan bahagian suis yang telah haus dari pandangan atas. Ianya kelihatan lebih lebar berbanding disebelahnya yang tidak digunakan.

terminal sebelah kanan telah haus...

Oleh kerana ianya direka dengan dua terminal, saya terbalikkan butang suis tersebut dan menggunakan sebelah yang masih elok seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Terbalikkan butang suis...

Masalah suis di atas selesai setelah hanya dengan terbalikkan butang suis sahaja dan ianya masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.