Semalam saya dirujuk sebiji transformer buatan TELETRON, model TC-2401PAC dengan masalah tidak menghasilkan output 24vac.
![]() |
TELETRON TC-2401PAC |
Transformer ini menurunkan voltan dari 240vac ke 24vac sahaja dan ianya juga dikenali sebagai 'step down transformer'.
![]() |
Buatan Malaysia |
Sebelum dibuka, saya periksa keterusan (continuity) dengan mengukur rintangan pada dua terminal gegelung input dan output. Tiada bacaan rintangan yang saya dapat pada bahagian input.
![]() |
Setelah penutup dibuka... |
Transformer sebegini biasanya mengalami kerosakkan pada gegelung primary iaitu bahagian input. Boleh dikatakan kesemua kerosakkan melibatkan gegelung primary yang putus.
![]() |
Sambungan wayar gegelung tanggal... |
Setelah dibuka dan diperiksa, nasib agak baik apabila saya hanya mendapati salah satu sambungan wayar primary tanggal dari terminal penyambungnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
Wayar gegelung telah dipateri... |
Apa yang saya lakukan ialah pateri semula wayar gegelung tersebut ke terminalnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
Rintangan primary - 111.4Ω |
Setelah siap, saya periksa semula keterusan (continuity) pada gegelung primary dan secondary. Gambar di atas dan di bawah adalah bacaan rintangan yang saya dapat.
![]() |
Rintangan sekunder - 2.6Ω |
Akhir sekali saya bekalkan arus elektrik kepada gegelung primary dan ukur voltan pada gegelung sekundar. Bacaan voltan output yang saya dapat ialah 27.74vac seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
Voltan output - 27.74 |
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.