Sunday 19 June 2022

Moulinex La Moulinette D56 repair

Pengisar buatan Perancis ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Moulinex La Moulinette D56

Kali ini dia kembali dengan masalah gagal berfungsi apabila suis berwarna hijau ditekan. Selain tidak berfungsi apabila ditekan, suis tersebut juga gagal kembali ke kedudukan asal apabila dilepaskan.

Patah...

Setelah dibuka dan diperiksa, bahagian untuk menghidupkan suis patah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gamkan menggunakan 'super glue'...

Bahagian yang patah diperbuat daripada plastik dan pada mulanya saya gam kembali menggunakan 'super glue' namun patah semula setelah ditekan sekali sahaja.

Selepas 'plastic welding'...

Seterusnya saya cuba dengan melakukan teknik 'plastic welding' pada bahagian yang patah dan gambar di atas menunjukkan ianya telah siap saya kimpal plastik.

Siap...

Pengisar ini berjaya diselamatkan dengan menggunakan teknik 'plastic welding' pada bahagian yang pecah dan masih boleh digunakan semula.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.