Saturday 4 June 2022

Apa yang disambung pada kabel 'jump-start' power bank?

Saya pernah dirujuk power bank yang boleh digunakan untuk 'jump start' kereta ketika bateri lemah.

Kabel 'jump start' power bank...

Saya juga pernah ditanya apa yang disambung pada kabel positif (merah) 'jump start' tersebut seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Setelah penutupnya dibuka...

Baru-baru ini saya telah membuka kabel 'jump start' tersebut dan di dalamnya ialah 3 biji schottky diod seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

3 biji Schottky diode - STPS30L45CT

Tujuan schottky diod tersebut disambung pada kabel positif ialah untuk membenarkan arus sehala sahaja iaitu dari bateri power bank ke kereta sahaja dan bukan sebaliknya.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.