Monday, 20 June 2022

Bekalan air paip bersih kembali semula di Miri

Bulan ini bandar Miri telah mengalami gangguan bekalan air sebanyak dua kali dalam seminggu dan telah saya kongsikan di sini dan sini.

Siap kali ke-2 (17/6/2022)

Kerja-kerja membaik pulih pada mulanya dijangka siap dalam 36 jam telah tersasar berikutan hujan pada sebelah petangnya.

Setelah hujan pada sebelah petang (17/6/2022)

Gambar di atas menunjukkan keadaan setelah hujan pada sebelah petang dan pihak BOMBA telah membantu mengepam air sebelum kerja membaik pulih semula boleh diteruskan.

BOMBA batu pam air (18/6/2022)

Penyambungan kali ke-3 menyaksikan kerja menanam cerucuk terpaksa dilakukan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk menahan paip yang disambung agar kejadian sama tidak berulang.

Ditambah cerucuk (18/6/2022)

Proses/kerja menguji kebocoran telah selesai kira-kira pukul 11 pagi semalam (19/06/2022) namun air cuma sampai ke rumah saya pada sebelah malam kira-kira pukul 9pm.

Siap kali ke-3 (19/6/2022)

Saya tidak pasti kenapa cerucuk diperlukan dan semoga masalah sama tidak berulang lagi selepas ini.

Keseluruhan tempoh tiada bekalan air kali ini ialah selama 4 hari.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.