Thursday 16 June 2022

Gangguan bekalan air berulang dalam seminggu

Petang semalam saya telah melihat gambar-gambar di bawah berlegar di laman sosial dan pagi ini bekalan air ke rumah saya tiada lagi.

Hari pertama...

Gambar-gambar ini diambil pada lokasi yang sama di mana kebocoran berlaku beberapa hari lalu dan telah saya kongsikan di sini.

Hari ke-2...

Saya tidak pasti kebocoran adalah pada bahagian yang telah disambung atau kebocoran baharu pada kawasan berhampiran namun ianya pada lokasi yang sama.

Hari ke-3...

Jika dilihat pada gambar ke-2 di atas, bahagian yang disambung telah ditambah baik pada hari berikutnya.

Hari ke-4...

Air yang bertakung di kawasan sambungan beberapa hari lepas semakin banyak sehingga menenggelamkan paip besar tersebut selepas 5 hari seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Hari ke-5...

Pihak LAKU telah mengeluarkan kenyataan subuh ini dan memerlukan masa sehingga 36 jam untuk dibaiki.

16/6/2022, 4:30am...

Senarai lokasi yang dinyatakan di dalam kenyataan di atas adalah kawasan yang bekalan air tidak terjejas. Jadi, hampir seluruh bandar Miri dijangka tiada bekalan air sehingga kira-kira jam 5 petang esok.

Semoga kerja-kerja membaiki berjalan lancar dan selesai dalam masa 36 jam...

 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.