Friday, 10 June 2022

reTOUCH dimmer

Semalam saya dirujuk sebuah dimmer berjenama reTOUCH meminta untuk dibaiki.

reTOUCH dimmer

Menurut pemilik, ketika mula dipasang, ianya boleh mengawal keterangan lampu namun setelah beberpa ketika lampu menyala dengan terang dan tidak dapat dikawal lagi.

Label pada dimmer...

Pemeriksaan pada label di bahagian belakang dimmer mendapati rating dimmer tersebut cuma 110v sahaja seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya menemui litar pintas pada sebiji komponen yang berlabel CZX01 dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar pintas pada komponen - CZX01

Label pada papan litar untuk komponen CZX01 ialah B1137 dan mungkinkah ianya adalah transistor NEC jenis PNP yang berlabel B1137?

Label pada papan litar B1137...

Biasanya dimmer menggunakan TRIAC untuk mengawal voltan dan saya juga yakin komponen tersebut ialah TRIAC sebab terdapat sebiji DIAC disambung berdekatan dengannya.

Apa pun, dimmer tersebut saya tidak baiki sebab tidak diketahui komponen yang digunakan dan jika saya mampu membaikinya, ianya tetap tidak boleh digunakan sebab direka untuk bekalan voltan 110v dan bukan untuk kegunaan di negara kita iaitu 220v/240v.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.