Thursday 9 June 2022

Kelongsong peluru - CLEVER MIRAGE 12mm

Hujung minggu lepas pada 5/6/2022, sewaktu berjogging, saya telah menemui sebiji kelongsong peluru seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pallettoni, 34gr, made in itali

Sewaktu zaman kanak-kanak dan tinggal di kampung, saya sering menemui kelongsong peluru di dalam hutan dan dimarahi oleh ibu serta bapa apabila mengutipnya.

CLEVER MIRAGE (12mm)

Kini saya tinggal di bandar dan agak pelik jika boleh menemui kelongsong peluru sewaktu berjogging sebab setahu saya tidak ramai yang layak untuk memiliki senjata api.

Peluru kosong...

Kelongsong peluru tersebut telah saya hantar ke balai polis berdekatan pada 07/06/2022 dengan tujuan ingin mengetahui apa kesalahan jika kita memilikinya tanpa kebenaran sebab dikutip.

Tiada maklumat yang saya perolehi dari balai polis berdekatan dan ianya saya tinggalkannya kepada mereka tanpa sebarang rekod atau laporan dibuat.

Pegawai polis di kaunter telah meminta nombor telefon serta kad pengenalan saya namun tiada rekod mahupun laporan dibuat.

Artikel ini saya tulis sebagai rekod pribadi serta rujukan jika saya ditahan polis satu hari kelak berkaitan dengan kelongsong peluru ini.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.