Friday, 3 June 2022

OTIS50E-EE PSU repair

Banyak PSU (power supply unit) seperti ini telah saya baiki dan kerosakkan yang paling teruk pernah saya baiki boleh dirujuk di sini.

Sigma elevator PSU

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi PSU yang serupa dengan masalah voltan outputnya rendah iaitu cuma 2.6v, 11.27v & -9.35v. Voltan sepatutnya ialah 5v, 15v & -15v.

OTIS50E-EE

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, dua biji kapasitor kembung kelihatan seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kapasitor kembung...

Setelah kedua-dua kapasitor kembung tersebut telah saya gantikan dan diperiksa, 5v & 15v telah kembali normal namun -15v pula cuma dapat bacaan 13v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Voltan -15v rendah...

Masalah voltan -15v adalah disebabkan kapasitor 330uF, 35v rosak dan kembali normal setelah kapasitor tersebut telah saya gantikan dengan yang baharu.

Seterusnya saya juga dapati voltan 5v tidak stabil seperti boleh dilihat pada klip video di atas. Dari pengalaman lepas, masalah votan tidak stabil adalah disebabkan kapasitor feedback rosak.

Kapasitor feedback rosak (ESR 70Ω???)

Kali ini saya periksa kapasitor feedback (47uF, 50v) tersebut dengan mengukur ESR dan percaya atau tidak bacaan ESRnya ialah 70Ω seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Kapasitor feedback yang baharu - 22uF, 50v

Masalah votan tidak stabil juga selesai setelah kapasitor feedback telah saya gantikan dengan yang baharu.

Gambar di bawah adalah komponen yang rosak telah saya gantikan kali ini dan ianya juga telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Semua komponen yang rosak...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.