Sunday, 5 June 2022

Pembangunan

Sebelum ini saya pernah kongsikan sebuah kolam berdekatan dengan kediaman saya dan anda boleh rujuk di sini.

05/06/2022 @ 8:00am

Gambar di atas saya ambil pagi ini ketika berjogging dan anda boleh bandingkannya dengan gambar yang saya kongsikan dahulu di sini.

01/06/2022 @ 18:55hrs

Gambar di atas pula saya ambil beberapa lari lepas sewaktu berjogging pada sebelah petang.

Kolam tersebut telah dibersihkan dan dalam proses pembangunan. Semua pokok di sekitarnya telah ditebang untuk memberi laluan projek perumahan yang terdiri daripda rumah teres, semi-D serta dijangka sebuah kondoninum bakal dibina tidak lama lagi.

Pembinaan rumah giat berjalan...

Saya tidak pasti bagaimana rupa kondoninum tersebut sebab tiada papan tanda kelihatan setakat ini namun yang pasti rumah teres serta semi-D kini giat dalam proses pembinaan. 

Anda nampak apa yang saya nampak?

Sama-sama kita nantikan kewujudan sebuah bangunan pencakar langit (kondoninum) tidak lama lagi...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.