Tuesday 7 June 2022

Galanz WP750 microwave

Microwave berjenama Galanz, model WP750L23-6 ini milik saya sejak tahun 2003. Galanz merupakan jenama barangan elektronik buatan China.

Galanz WP750

Saya dapat microwave ini dari cabutan bertuah sempena perayaan kuih bulan (moon cake festival) yang dianjurkan oleh Bintang Megamall, Miri pada tahun tersebut.

Model: WP750L23-6

Saya banyak menggunakan microwave ini ketika melibatkan diri dengan sukan binabadan dari tahun 2004 sehingg 2014 untuk menyediakan masakan harian.

Year of manufacture: 2003

Setelah berhenti melibatkan diri dari sukan binabadan, microwave ini jarang digunakan lagi dan tidak hairan lah ianya masih kelihatan seperti baru.

Masih kelihatan baru...

Hujung minggu lepas saya telah buka microwave ini dan gambar di bawah menunjukkan komponen voltan tinggi (HV) di dalamnya.

Komponen voltan tinggi...

Saya agak terkejut apabila mendapati bahawa magnetron yang digunakan berjenama Panasonic seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

DANGER - HIGH VOLTAGE

Banyak microwave yang rosak telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan microwave ini setanding dengan jenama lain seperti SHARP, Panasonic, LG, samsung, National, Midea, Pensonic, MENUMASTER, AKIRA dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.