Kebocoran telah berlaku sehari sebelumnya seperti boleh ditonton pada klip video di atas dan kerja-kerja membaiki hanya bermula semalam.
Paip bocor telah siap dibaiki... |
Walaupun telah siap dibaiki kira-kira pukul 3pm namun tiada bekalan air ke rumah saya sehingga pagi ini.
Pihak LAKU ada melakukan kerja 'flushing' tidak jauh dari rumah saya semalam kira-kira pukul 8 malam namun masih belum ada bekalan air masuk ke rumah saya ketika itu.
Bekalan air hanya kembali pada pagi ini dan tekanan air masih rendah.
Dalam masa yang sama, saya telah menerima sebuah lagi klip video seperti boleh ditonton pada klip video di atas memberitahu ada lagi kebocoran baharu di batu 8, Jalan Miri Bintulu semalam.
Tangki di belakang rumah saya - 300 gallon |
Sehingga blog ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dari pihak LAKU berkaitan dengan klip video ke-2. Semoga ianya hanya kebocoran 'minor' sahaja.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.