Saturday 18 June 2022

Panasonic NN-C784MF microwave oven repair

Hujung bulan lepas saya telah dirujuk sebuah microwave berjenama Panasonic, model: NN-C784MF dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Menurut pemilik, microwave ini boleh dihidupkan namun memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sedikit haba sahaja.

Panasonic NN-C784MF

Ketika saya mengujinya, ianya langsung tidak panas dan padam selepas kira-kira 23 saat dihidupkan seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Model: NN-C784MF

Menurut 'service manual', masalah sedemikian adalah disebabkan HV inverter tidak berfungsi sebab bermasalah seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Troubleshooting...

Bahagian yang perlu diperiksa jika mengalami masalah sedemikian ialah:-

  1. magnetron
  2. sambungan wayar (CN703)
  3. HV inverter
Setelah penutup dibuka...

Gambar di atas merupakan bahagian HV (high voltage) pada microwave dan ianya menggunakan teknologi inverter.

Gantikan magnetron yang rosak...

Pemeriksaan pada magnetron mendapati terdapat litar pintas pada terminal penyambung kepada chassis dan harus diganti.

Kiri - magnetron baharu

Magnetron yang digunakan juga bukan speksifikasi asal seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Perbezaan magnetron...

Menurut 'service manual', magnetron yang digunakan ialah 2M261-M32 dan saya terpaksa membelinya melalui atas talian serta mengambil masa hampir 2 minggu untuk tiba.

Mungkin diganti pada july 2020 (magnetron rosak)

Microwave ini berjaya diselamatkan setelah magnetronnya telah saya gantikan dengan menggunakan spesifikasi asal.

Spesifikasi magnetron (2M261-M32KLP)

Nasihat saya kepada para DIY atau mungkin juga tukang baiki, pastikan alat ganti yang ditukar itu mengikut spesifikasi asal.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.