Monday 20 May 2019

DEKHIMA Rice Cooker repair

Beberapa hari yang lepas saya telah dirujuk sebuah pemasak nasi (rice cooker) berjenama DEKHIMA, Model: RX-0.6P buatan China.
Jenama: DEKHIMA
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah tidak boleh memasak dan kepanasnya cuma sekadar 'keep warm' sahaja dan nasi tak masak-masak setelah berjam-jam menunggu.
Model: RX-0.6P
Bila saya tekan butang memasak (cook), lampu indikator memasak tidak menyala. Untuk membaiki pemasak nasi, kita kena terbalikkannya dan buka penutup bahagian bawahnya.
Setelah peutup bahagian bawah dibuka...
Setelah dibuka apa yang kelihatan ialah seperti pada gambar di atas. Benda pertama yang saya periksa ialah element pemanas dan berkeadaan baik serta tidak putus. Kemudian saya cari thermal fius namun tidak jumpa sebab ianya tidak dilengkapi dengan thermal fius.
Suis tidak bersentuh...
Seterusnya saya periksa suis untuk memasak dan bila ditekan pada bahagian seperti bertanda 'tekan' di atas, suis tersebut gagal/tidak bersentuh. Jadi saya cuma bengkokkan sedikit suis tersebut agar ia bersentuhan bila ditekan, itu sahaja...
Tested - ok
Selamat mencuba...

2 comments:

  1. kalau circuit board terbakar, boleh direpair ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena lihat tahap kerosakkan PCB tersebut. Jika ada 'circuit diagram' untuk dirujuk, kemungkinan besar mampu diselamatkan.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.