Thursday 23 May 2019

Televes 5363 repair

Hari ini saya berpeluang membaiki TV booster berjenama Televes, model: 5363, buatan Spanyol (Spain).
Jenama: Televes
Ketika dirujuk kepada saya, pemilik memberitahu saya ianya langsung tidak dapat dihidupkan dan lampu indikator berwarna hijau tidak menyala.
Model: 5363
Setelah dibuka penutup di bahagian bawahnya, hanya dua keping papan litar kelihatan seperti pada gambar di bawah. Memandangkan masalah ialah tiada bekalan elektrik, maka saya jangkakan kerosakkkannya ialah pada PSU (Power Supply Unit).
Setelah penutup belakang dibuka...
Setelah PSU dibuka dan diperiksa, empat komponen didapati rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Power supply unit (PSU)
Masalah utama ialah bagaimana mengetahui nombor rujukan power ic yang meletup? Saya menghantar e-mail kepada Televes di sini dan mereka juga tidak dapat memberikan saya nombor rujukan tersebut.
Power IC meletup
Dengan yang demikian saya terpaksa membuka TV booster yang lain (jenama yang sama tetapi model juga berlainan) untuk mengetahui apakah nombor rujukan yang digunakan.
Kiri: Power ic lama, Kanan: Power ic baru
Saya dapati bahawa Televes, Model: 5384 menggunakan power ic dengan nombor rujukan TOP223Y dan bila saya semak dengan datasheet ic tersebut di sini, ianya mempunyai berbeza-beza nombor rujukan dari TOP221 sehingga TOP227.

Bila saya semak pada gambar ke-2 di atas, keupayaaan TV booster tersebut ialah 14W dan saya agak TOP222 sesuai sebab keupanyaannya ialah 15W namun saya tidak mendapat bekalan power ic tersebut dan akhirnya saya terpaksa menggunakan TOP223 yang berkeupayaan 30W.
Komponen yang rosak telah diganti...
Setelah kesemua komponen yang rosak diganti, pemeriksaan terakhir saya mendapati terdapat dua 'cold solder joint' pada papan litar tersebut dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Cold solder joint pada PSU

Cold solder joint telah dipateri semula...

Komponen yang rosak
Setelah 'cold solder joint' tersebut saya baiki, saya bekalkan arus eletrik dan uji booster tersebut dan lampu indikator berwarna hijau kini menyala.
Tested - OK

Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.