Hari ini saya berpeluang membaiki sebuah papan litar dengan nombor rujukan MCC-1439-06. Saya cuma diberitahu ianya tidak berfungsi dan hanya kelihatan fius 10A putus dengan mata kasar.
 |
Nombor rujukan papan litar: MCC-1439-06 |
Tidak banyak komponen yang ada pada papan litar tersebut dan setelah diperiksa menyeluruh, hanya dua komponen yang didapati rosak iaitu:-
- Fius utama 10A
- Bridge rectifier (D15XB 60)
 |
Fius 10A putus |
Bridge rectifier dengan nombor rujukan "D15XB 60" bermaksud 15A, 600V. Jadi dengan demikian pastikan alat gantinya mempunyai nilai yang sama.
 |
Litar pintas pada 'bridge rectifier' (D15XB 60) |
Papan litar tersebut boleh digunakan semula setelah kedua-dua komponen tersebut diganti dan telah diuji.
 |
Setelah komponen rosak telah ditukar |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.