Pagi ini saya dirujuk sebuah mesin pengisar kertas (shredder) berjenama HSM, Model: 90 buatan Jerman. Masalahnya ialah bila dimasukkan kertas, mesin tersebut gagal menarik kertas untuk dikisar serta mengeluarkan bunyi bising yang amat kuat.
|
Jenama: HSM, Model: 90 (Made in Germany) |
Seperti biasa jika kita ingin membaikinya, kita harus membukanya. Berikut merupakan keadaan di dalam mesin tersebut.
|
Setelah dibuka penutup bahagian bawah.. |
Ketika melihat keadaan di dalam mesin tersebut, apa yang terlintas di fikiran saya ialah kemungkinan besar gear yang mengerakkan shredder telah rosak atau haus.
|
Penutup kotak gear terbuka... |
|
Chassis pun pecah... |
Namun setelah membuka kotak gear tersebut saya merasa lega kerana semua gearnya kelihatan elok dan cuma kehilangan sebiji skru untuk melaras motor dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
|
Skru sebiji hilang... |
Oleh yang demikian saya pun mencari skru yang hampir sama dan mengunci kembali motor tersebut. Setelah siap tiba-tiba saya terjumpa sebiji lagi skru yang hilang berada tidak jauh dari situ. Jadi saya keluarkan sahaja skru tersebut dan memasang kembali apa yang telah dibuka tadi.
|
Lepas ganti skru baru perasan dimana menghilang skru tersebut... |
Dalam proses memasang kembali mesin tersebut saya juga ternampak keadaan wayar yang tidak selamat dan anda juga boleh melihatnya pada gambar di bawah.
|
Wayar yang tidak selamat |
|
Ini baru selamat... |
Setelah wayar tersebut saya potong dan sambung kembali supaya selamat dan kemas, saya uji shredder tersebut dan boleh digunakan semula.
|
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.