Friday 17 November 2017

Pemasak Nasi (Rice Cooker) repair

Hari ini saya diberi peluang untuk membaiki sebuah pemasak nasi berjenama SHARP, model: KSH-111. Tuan punya pemasak nasi ini kata ianya dibeli ketika baru mendirikan rumah tangga dan kini anak-anaknya telah besar panjang. Saya agak pemasak nasi ini sekurang-kurang telah berusia 20 tahun.

Memandangkan pemasak nasi ini mempunyai nilai sentimental kepada tuannya maka saya terpanggil untuk membaikinya. 
SHARP KSH-111
Ketika dirujuk kepada saya, ianya langsung tidak berfungsi dan saya diberitahu oleh tuannya bahawa ianya padam secara tiba-tiba ketika sedang memasak nasi.

Seperti biasa saya akan periksa fius serta kabelnya dan didapati tiada kerosakan. Seterusnya saya buka bahagian bawah pemasak nasi tersebut dan periksa satu per satu.
Pandangan bawah pemasak nasi
Tidak banyak benda yang perlu di periksa dan kerosakkannya ialah pada 'thermal fuse' seperti gambar di bawah.
Atas: thermal fuse rosak  Bawah: thermal fuse baru
Inilah kebaikan jika kita membeli peralatan eletrik berjenama, ianya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu 'thermal fuse'. Thermal fuse akan putus jika mencapai suhu tertentu seperti tertera pada thermal fuse tersebut. Thermal fuse yang digunakan pada pemasak nasi ini ialah 165C, bermaksud jika suhu melebihi 165C ia akan putus.

Peringatan: Jangan menggunakan 'soldering iron' untuk menyambungkan 'thermal fuse'. Haba dari 'soldering iron' akan menyebabkan 'thermal fuse' putus sebelum sempat digunakan.

Selain itu, 'thermal fuse' juga berfungsi sebagai fius biasa iaitu jika terdapat litar pintas pada bahagian pemanas ia juga akan putus. Oleh itu sebelum menggantikan 'thermal fuse' yang rosak, anda harus periksa pemanasnya seperti gambar di bawah.
Periksa juga pemanasnya...
Jika multimeter menunjukkan bacaan pada kedua-dua terminal pemanas dan bukan litar pintas barulah ganti' thermal fuse' sahaja.

Sekiranya terdapat litar pintas atau tiada bacaan pada kedua-dua terminal pemanas, anda dikehendaki menukar kedua-duanya iaitu 'thermal fuse' & pemanasnya.
Tested: OK (Keep warm)
Rekaan periuk nasi adalah hampir sama dan saya juga pernah membaiki periuk nasi berjenama PHILIPS sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Tested: OK (Cooking)
Terima kasih kepada pemilik pemasak nasi ini kerana telah memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menunjukkan bakat walaupun tak seberapa...

75 comments:

  1. Hi. Kawan saya ada periuk nasi sentimental untuk dia dan kemarin periuk tu tetiba mati sendiri masa tengah masak nasi (nasi tak sempat mendidih pulak tu). Power plug ok tapi bila on, dia tak mahu langsung. Saya syak masalah thermal fuse, so saya cakap dekat dia jangan buang periuk tu. Sedih satu rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, jangan sedih-sedih depan rezeki walaupun tak masak, boleh guna pemanas lain seperti stove atau induction cooker untuk masakkan nasi tu. Rasanya masalahnya sama seperti di atas. Pastikan beli thermal fuse yang sama jika ingin menukarnya. Periksa juga fius pada plug 3-pin, mana tahu fius 13A tu putus. Pastikan elemen pemanas tak putus juga sebelum menukar thermal fius yang putus. Selamat mencuba...

      Delete
  2. kalau periuk tu masak nasi sampai hangit.. ape mende yg rosak yer.. brand elba --> https://media.karousell.com/media/photos/products/2017/12/18/rice_cooker_28_l__periuk_nasi_elba_1513602921_698a88a1.jpg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah pada thermostatnya (butang tengah dalam rice cooker). Jika rajin boleh buka dan bersihkannya atau beli thermostat yang baru dan tukar.

      Delete
  3. Bila tekan dia menyala cook. Bila lepas dia terus warm. Tk dapat masak nasi. Bila tekan dgn jari lama sikit dia akn nyala cook dan panas. Bila lepas jari dia hidup lampu warm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah pada thermostatnya (butang tengah dalam rice cooker). Jika ada asas boleh buka dan selengara atau beli thermostat yang baru dan tukar.

      Delete
  4. sama tak periuk nasi dan pressure cooker?pressure cooker saya ada masa panas,itu pun kalau saya tekan lama-lama baru dia berfungsi, kalau tak langsung tak panas,agak-agak boleh tak saya cuba cara ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbezaan periuk nasi dan pressure cooker ialah pressure cooker ada papan litar dan periuk nasi tiada papan litar.

      Biasanya jika pressure cooker tidak panas, masalahnya pada papan litar.

      Delete
  5. Selamat pagi!

    Boleh saya tahu apa masalah pada rice cooker saya bila ON suis, tekan butang untuk Cook, lampu masih kat warm sahaja. Tetapi, rice cooker tak panas. Harap boleh jelaskan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda dah jumpa jawapannya, suis tu ada masalah. Cuba periksa bahagian suis, tengok ada yang tertanggal tak di dalamnya. Jika semua ok, kena tukar suisnya.

      Selamat mencuba...

      Delete
  6. selamat petang. rice cooker sy masalah thermal fuse. bolehkah sekiranya thermal fuse sy bypass sementara dgn wayar?

    ReplyDelete
  7. Bos..klu smbg direct boleh x..xpakai thermal fuse..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fungsi thermal fuse ialah untuk keselamatan. Jika 'smbg direct', macam-macam boleh berlaku di luar pengetahuan kita. Jadi, jawapan saya ialah boleh tetapi resikonya tanggung sendiri.

      Delete
  8. Bahagian bawah ada keluar mcm minyak hitam..kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka dan periksa apa/dari mana punca 'minyak hitam' itu. Jika periuk nasi yang menggunkan papan litar, mungkin ada kebocoran/kerosakkan komponent.

      Delete
  9. Salam sejahtera. Periuk nasi sy dh 3 kali tukar termofuse 10A 185°C.kenapa fuse tu mudah terbakar? Terbaru sy tukar fuse 195°C, apa kesan kalau sy guna fuse yg lbh tggi suhu? 1lagi mslh, lampu cook mudah terpadam, tp periuk terus panas. Apa masalah lampu cook tu? Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thermofuse sensitive kepada suhu & akan putus jika melebihi suhunya. Jika thermofuse 185C putus bermaksud suhu periuk nasi telah mencapai/melebihi 185C. Jika menggunakan suhu thermofuse yang tinggi, ianya akan lambat putus.

      Biasa thermostat (butang tengah pada pemanas periuk nasi) rosak merupakan punca thermofuse selalu putus. Gunakan thermofuse yang sama ketika menukar dengan baru.

      Lampu indikator biasanya guna lampu neon dan mudah rosak dan akan padam bila panas. Kadang-kadang suis berkarat juga menyumbang kepada masalah mudah padam. Gantikan dengan yang baru jika didapati rosak.

      Delete
  10. Bos kalo asal thermal fuse 15A 135°C tukar kepada 10A 135°C ada masalah x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena lihat kuasa (power) pada peralatan elektrik tersebut. Jika kuasanya ,1,600w dan ke bawah boleh guna 10A.

      Delete
  11. salam boss, sy pnye rice cooker bila on, automatic satu rumah trip, sbb ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada litar pintas, cari punca litar pintas dengan menggunakan multimeter.

      Delete
  12. Salam, periuk nasik sy ada masalah. Buka suis semha okay, tp bila tekan cook, satu rumah black out. Boleh tolong tak apa masalah periuk nasi sy ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau blackout maksudnya ada litar pintas. Kena periksa apa penyebab litar pintas.

      Delete
  13. Salam, air fryer sy ni bila cucuk plug smua blackout nape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada litar pintas, buka & periksa guna multimeter.

      Delete
    2. macam mana langkah langkah nk periksa tu tuan

      Delete
    3. Panjang cerita itu, semua peralatan elektrik/elektronik direka berbeza-beza. Jika tak ada asas elektrik/elektronik, rujuk kepada pakar.

      Delete
  14. ricecooker bila cook, nasi xmasak.. kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buka dan periksa, banyak kemungkinannya seperti:-
      1. Suis rosak
      2. Thermostat rosak
      3. Fius putus
      4. Kerosakan komponen (jika ada papan litar)
      5. Pemanas rosak

      Delete
  15. msalah kalau on periuk nasi, mcb trus trip. mntak tolong smua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada litar pintas (short circuit). Periksa guna multimeter di mana litar pintas itu.

      Delete
  16. Assalamualaikum tuan...tumpang tanya,kat mana nak beli thermostat..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari di kedai elektronik atau boleh juga beli secara atas talian di shopee/lazada.

      Delete
  17. Nak Tanya boss kenapa rice cook bola masala nasi jadi Bubur apa yg rosak boss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang faham soalan anda. Jika anda tanya saya kenapa masak nasi boleh jadi bubur, secara logiknya ialah anda masuk terlalu banyak air.

      Nisbah beras kepada air ialah 1:2 jika memasak nasi.

      Jika masak bubur pula nisbah beras kepada air ialah kira-kira 1:10.

      Jika masak nasi boleh jadi bubur, 'rice cooker' anda tidak rosak.

      Delete
  18. Kalau masak nasi guna periuk jenama tefal tiba² nasi hangit apa puncanya ye...dan benda apa yg rosak sbb nk hntar ke servis dia pun warranty dh xde tkut kena caj mahal pulak klau hntar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum pernah dirujuk periuk nasi yang guna microprocessor. Rasanya mungkin thermostat atau thermocouple perlu diganti.

      Delete
  19. Hye semua, pada sesiapa yang mempunyai soalan yang sama seperti on suis terus trip. Tak perlu tanya lagi. Rajin2 baca komen jawapan semua sama. ##paling win soalan kenapa masak nasi jadi bubur. Nasib lah abg kita cool dan steady memberi jawapan. 😅😅

    ReplyDelete
  20. Hai, saya ada check thermal fuse guna mode continuity dan multimeter bunyi, so maksudnya fuse tu elok lah kan? ke ada kemungkinan untuk rosak jugak, fuse tu?

    ReplyDelete
  21. Nak tanya kena plug periuk nasi macam terbakar dan terlekat pada socket?dah dua kali saya tukar plug. Saya guna periuk nasi jenama milux 10 liter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Periuk nasi 10 liter itu untuk kegunaan komersial. Kuasa periuk ialah 2800w dan jika guna formula V=IR, I=12A. Adakah anda menggunakan plug 3-pin biasa 13A? Jika ya, tukar ke plug 3-pin bulat, 15A.

      Delete
  22. Knpe ye nk masak nasi on plug stu rumah blackout

    ReplyDelete
  23. Kenapa lampu cook dengan keep warm tak menyala dab nasi pun tak masak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya sama seperti di atas, thermal fuse putus.

      Delete
  24. Tuan,
    Thermal Fuse asal pada periuk nasi saya 250V 10A 180°C.
    Boleh ke saya pakai Thermal fuse 250V 10A 185°C?

    ReplyDelete
  25. Bos sy dh tukar therma fuse..bile dh pasang terus jadi panas dekat heater element..benda tu leh jadi rosak ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dua 'heating element' pada periuk nasi. Jika pemanas 'keep warm' terus panas itu normal. Jika pemanas 'cook' terus panas, masalah pada 'micro switch'.

      Delete
  26. Hi bos,nak tanya kedai saya punya periuk nasi 10L setiap kali baiki,tak sampai 2-3 hari rosak balik,dah berapa banyak thermal fuse yang technician tukar,macam mana ye nak elak jadi balik isu macam ni ye,terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan rating thermal fuse (suhu & ampere) yang diganti itu sama spesifikasi dengan yang asal.

      Delete
  27. Hi bos boleh tanya.masalah switch cook periuk yang tak switching dan resting kepada keep warm(statik kepada switch cook sampai nasi hangus).beberapa komponen dah tukar seperti thermostat, thermistor,thermostat sensor nc,micro switch dan fuse.adakah masalah heating plate yang uzur atau masalah conducting arus di terminal heating plate tersebut?saya leraikan dan periksa heating plate tersebut dan lihat besi di dalam yang diliputi lapisan kelabu berkarat dengan teruk.adakah masalah heating plate boleh mempengaruhi suhu dan arus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika periuk nasi seperti di atas, masalahnya ialah pada butang tengah perlu diganti. Kalau jenis yang guna thermistor, dia perlukan microcontroller pada PCB. Mungkin masalah pada microcontroller.

      Delete
  28. Sifu, sy nak baca @ nak ukur thermalfuse untuk periuk nasi jenama sharp ksh 118 tak jumpa, sbb dah hilang tulisannya. Boleh bantu saya untuk jenama sharp ksh 118 berapa saiz ukuran thermalfusenya. Nak order shopee. Tp tak thu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 167°C, 10A

      https://www.manualslib.com/manual/1807832/Sharp-Ksh-106.html?page=5#manual

      Delete
  29. Saya mempunyai sebuah periuk nasi elektrik 3500W dari China. Baru2 ini thermal fuse periuk nasi tersebut telah terbakar. Untuk ganti thermal fuse tsb, terdapat masalah kerana tulisan untuk bacaan arus dan suhu thermal fuse sudah tiada lagi. Bila tanya pada penjual, dia cakap akan tanya pada pengilang di China. Malangnya sehingga kini saya masih tidak mendapat apa2 maklumat yg saya mahukan dari mereka. Boleh bantu saya untuk mendapatkan bacaan arus dan suhu thermal fuse yg menepati bacaan asal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika nak tahu juga rating yang asal kena tanya kilang atau rujuk 'service manual'. Boleh cuba 15A, 216C dulu, jika masih terbakar cuba 20A, 216C.

      Delete
  30. Terima kasih Sifu

    ReplyDelete
  31. Salam bang, saya skg ada isu dgn periuk nasi saya, bila on ok, tekan masak pun ok, tp masak x hbis terus pindah ke "warm". Bila tekan semula x boleh, masalah thermostat atau thermal fuse?

    ReplyDelete
  32. Sifu.. Apa punca periuk nasi tak panas?
    Saya dah tukar thermal fius. Lepas tukar tu periuk jadi lambat panas dan nasi tak masak (bhg atas nampak sudah kering tapi bhg bawah masih berair). Apa masalah yg perlu dibetulkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada macam-macam jenis serta jenama periuk nasi dengan rekabentuk masing-masing, selagi saya tidak periksa saya tidak tahu apa yang perlu dibetulkan.

      Delete
  33. Bos.kalu periuk bila tekan dan sudah panas. Kampungnya
    Padam. Bila sejuk, lampu hidup balik. Sampai sudah la nasi
    Tak masak. Ape punca ye bos

    ReplyDelete
  34. Bos tefal Rice cooker sya bila on letrik suis digital tak menyala kenapa ya cble plag oky.. Adakah Thermostat rosak

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum , boleh tak guna thermal fuse 20A yang plug dia jenis 15A .,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada masalah sebab thermal fuse akan putus bila suhu telah mencecah hadnya dan dan bukan bertindak mengikut bebanan (load).

      Delete
  36. Periuk nasi saya boleh saja cook...tp bila nasi dh masak...dia x boleh warm...nasi cpt sejuk kerana warm x berfungsi...utk pengetahuan tuan...lampu warm menyala...cuma x panas

    ReplyDelete
  37. Nak tya tuan...periuk nasi saya boleh cook...tp selepas nasi masak...dia x boleh warm sedangkan lampu warm menyala...so nasi cpt sejuk...apa masaalahnya tuan

    ReplyDelete
  38. Periuk nasi saya x boleh warm walaupun lampunya menyala..knp tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah elemen pemanas 'keep warm'. Boleh rujuk pautan di bawah.

      https://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/06/baiki-periuk-nasi-rice-cooker-philips.html?m=1

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.