Sunday, 2 February 2025

DMT880 astro decoder repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk sebuah dekoder astro model DMT880 dengan masalah gagal dihidupkan setelah dibekalkan arus elektrik.

Model: DMT880

Pemeriksaan awal dengan mata kasar pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang mencurigakan atau rosak.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati 1.2v tiada tiada bacaan dan ic berlabel UP591 rosak dan ianya telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Tiada bacaan 1.2v...

Nombor rujukan ic tersebut ialah TH8263 (voltage regulator) dan setelah diganti, dekoder kembali berfungsi semula serta berjaya diselamatkan.

Testing...

Sebelum ini saya pernah kongsikan kerosakkan komponen sama iaitu TH8263 namun ianya melibatkan 5v dan anda boleh rujuk di sini.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.