Suis lampu ini asalnya ada dua sahaja namun beberapa tahun yang lalu saya telah gantikan dengan tiga untuk menyambungkan sebuah 'exhaust fan' di ruangan dapur.
![]() |
Suis lampu pecah... |
Salah satu suisnya telah pecah baru-baru ini seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
Kerosakkan suis seperti ini amat merbahaya terutamanya pada bahagian dapur sebab kebarangkalian tangan basah sewaktu memetik suis tersebut sangat tinggi.
Oleh yang demikian ianya harus diganti atau dibaiki. Memandangkan suis ini ada kelulusan SIRIM, saya cuba membaikinya.
Setelah dibuka, bahagian yang pecah hanya pada bahagian luar sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Apa yang saya cuba lakukan ialah gam kembali menggunakan 'super glue' supaya air tidak mengalir masuk ke dalamnya jika memetik suis tersebut dalam keadaan tangan basah.
![]() |
Gam guna super glue... |
Untuk pengetahuan semua, bahagian yang pecah disambung dengan baik serta kukuh menggunakan 'super glue'.
![]() |
Biarkan sehingga kering sebelum dipasang kembali... |
Suis pecah yang telah saya gam masih selamat digunakan walaupun ada kesan rekahan tanpa sebarang kebocoran.
![]() |
Siap... |
Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah dibaiki.
Selamat berDIY...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.