Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk sebuah lampu LED jenis 2-in-1 dengan masalah awal tidak menyala setelah dibekalkan arus elektrik.
![]() |
Lampu LED 2-in-1 |
Lampu LED jenis 2-in-1 ini di dalamnya dilengkapi 2 set lampu iaitu warna 'cool white' pada bahagian tengah 'warm white' pada bahagian luar.
![]() |
LED driver dengan 2 output... |
LED driver ini mempunyai 4 wayar untuk 2 output iaitu:-
- Wayar merah & hijau = 24 - 42vdc
- Wayar biru & hitam = 6 - 17vdc
![]() |
Setelah LED driver dibuka... |
Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati tiada bacaan voltan output pada wayar merah dan hijau.
![]() |
Kapasitor 47uf, 63v rosak (high ESR) |
Pemeriksaan seterusnya pada papan litar menggunakan multimeter ESR mendapati sebiji kapasitor berlabel 47uf, 63v tiada bacaan atau 'high ESR'.
![]() |
Lampu tepi sahaja menyala... |
Setelah kapasitor yang didapati rosak di atas diganti, masalah seterusnya ialah lampu tengah tidak menyala dan hanya lampu bahagian luar sahaja menyala seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
Pendawaiaan dalam lampu LED |
Memandangkan LED driver telah dibaiki dan ada bacaan voltan output maka saya buka lampu LED untuk mencari punca kenapa ianya tidak menyala. Untuk pengetahuan semua, tiada kerosakkan pada lampu LED ditemui namun kenapa tidak menyala?
![]() |
Kod warna yang berbeza... |
Pemeriksaan menyeluruh akhirnya mendapati warna wayar pada kedua-dua belah penyambungnya tidak sama seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
Cabut penyambung wayar merah & biru... |
Setelah diteliti, saya dapati wayar merah dan biru pada sebelah lampu disambung terbalik dan apa yang saya lakukan ialah cabut dan tukar kedudukannya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah.
![]() |
Tukar kedudukan wayar biru & merah... |
Masalah selesai setelah kedudukan wayar biru & merah saya tukar dan kembali berfungsi semula tanpa masalah.
![]() |
Siap... |
Menurut pemilik, beliau telah menggantikan lampu tersebut dengan yang baru dan ada membuat beberapa pertukaran di antara lampu serta LED driver lama dan baru.
![]() |
Lampu tengah... |
Lampu yang dirujuk kepada saya ialah lampu baru dan LED driver adalah dari lampu lama yang bermasalah.
![]() |
Lampu tepi... |
Nasihat saya kepada para DIY, sebelum membuat pertukaran di antara lampu serta LED driver lama & baru, pastikan kod warna pada penyambung adalah sama bagi mengelak kejadian seperti di atas.
![]() |
Lampu tengah + lampu tepi... |
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.
Selamat berDIY...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.