Baru-baru ini saya dirujuk sebuah microwave berjenama LG, model: MS-192W dengan masalah suhu panas melampau dan tidak dapat di kawal.
LG MS-192W |
Ketika saya mengujinya, saya laraskan thermostat pada 90C sahaja dan memasak air selama seminit. Apa yang berlaku ialah air yang saya masak mendidih.
Timer/thermostat |
Masalah sedemikian adalah disebabkan bahagian thermostat bermasalah dan gagal mengawal suhu yang kita inginkan.
Model: DWD60SL |
Jika anda tidak tahu membaikinya, anda boleh pilih untuk membeli thermostat/timer yang baharu dan gantikan sahaja.
Setelah dibuka... |
Sebelum menukarnya dengan yang baharu, saya cuba baiki dengan membuka bahagian thermostat/timer. Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya dapati ada satu komponen patah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
Patah... |
Fungsi komponen yang patah berbentuk menyerupai kepala burung tersebut ialah untuk mengawal kekerapan atau berapa lama pemanas (magnetron) perlu dihidupkan supaya suhu terkawal.
Patah... |
Apabila patah, ianya gagal mengawal suhu dan magnetron dihidupkan tanpa henti selama mana timer dilaras hingga menyebabkan panas melampau (overheating).
Gam balik guna 'super glue'... |
Saya gam kembali bahagian yang patah dengan menggunakan 'super glue' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Siap... |
Pastikan ianya bebas bergerak selepas dipasang kembali sebab kadang-kadang tidak bebas bergerak sebab 'super glue' mengalir masuk ke bahagian dalam. Jika ini berlaku, anda perlu gosok dengan kertas pasir pada bahagian dalamnya sehingga bebas bergerak apabila dipasang ke kedudukan asalnya.
Masalah panas melampau pada microwave ini berjaya diselesaikan setelah dengan hanya menyambung kembali satu komponen yang patah di atas.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.