Tuesday, 1 February 2022

Troubleshooting ASTRO NJOI SMT-S5401/AST decoder

Semalam saya dirujuk sebuah dekoder astro NJOI model SMT-S5401/AST dengan masalah siaran tiba-tiba hilang setelah beberapa ketika digunakan.

Astro NJOI SMT-S5401/AST

Banyak dekoder astro telah berjaya saya baiki dan kongsikan sebelum ini namun dekoder baru seperti boleh dilihat pada gambar di atas belum pernah dirujuk untuk di baiki.

Model: SMT-S5041/AST

Ketika saya mengujinya, dekoder ini boleh dihidupkan dan pada masa yang sama saya telah ukur voltan pada inductors serta kapasitor. Bacaannya adalah seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Bacaan voltan pada inductors...

Tujuan saya memeriksa serta mencatat bacaan-bacaan voltan seperti boleh dilihat pada gambar di atas ialah sebagai rujuk akan datang jika dirujuk semula dekoder jenis yang sama.

Tiba-tiba siaran hilang...

Setelah beberapa ketika diuji, tiba-tiba siaran hilang dan apa yang terpapar pada layar TV ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Pemeriksaan semula pada papan litar menggunakan multimeter mendapati voltan 13v/18v langsung tiada.

Apabila saya reboot dekoder dengan memutuskan bekalan elektrik, dekoder gagal dihidupkan lagi selepas itu dan hanya lampu merah sahaja yang menyala berulang-ulang seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Reheat processor

Pemeriksaan pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak dan masalah sedemikian adalah disebabkan 'cold solder joint' pada processor.

flux

Apa yang saya lakukan ialah bubuh 'flux' dan panaskan semula (reheat) processor menggunakan 'hot air' pada suhu 350°C selama kira-kira 90 saat.

Testing...

Setelah proses 'reheat' selesai, biarkan dekoder sejuk kira-kira 15 minit sebelum disambung kepada adapater untuk diuji.

Testing - ok

Masalah 'cold solder joint' ini biasa berlaku sebab suhu processor sangat panas ketika digunakan dan berakhir dengan timah sambungannya (contact) tidak elok apabila timah teroksida setelah satu jangkamasa.

Dekoder ini berjaya diselamatkan setelah saya 'reheat' processornya dan kembali berfungsi semula. Pemeriksaan pada terminal voltan 13v/18v juga kembali normal seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.