Wednesday 23 February 2022

Mengenalpasti HV transformer yang rosak

Sejak saya mula membaiki microwave sehingga hari ini, saya cuma menemui 2 buah microwave dengan masalah kerosakkan HV transformer.

HV transformer

Kerosakkan HV transformer pertama dirujuk kepada saya telah saya kongsikan di sini dan hanya ditemui apabila mengeluarkan asap putih ketika diuji kira-kira beberapa saat sahaja.

Gantikan fius 10A yang putus

Hari ini saya kongsikan pengalaman ke-2 kerosakkan yang juga melibatkan kerosakkan HV transformer serta beberapa komponen lain iaitu:-

  1. Fius 10A putus
  2. HV fuse putus
  3. Litar pintas pada HV capacitor
  4. HV transformer rosak
Semua komponen yang rosak

Saya diberitahu oleh pemilik, masalahnya ialah microwave langsung gagal berfungsi setelah ada letupan kedengaran dari dalamnya.

Primary coil

Untuk pengetahuan semua, boleh dikatakan kesemua kerosakkan transformer adalah pada gegelung primer (primary coil). Cara-cara memeriksa HV transformer pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Rosak - warna kabur

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan perbezaan gegelung primer yang rosak berbanding dengan gegelung yang elok. Warna pada gegelung rosak kabur serta lebih gelap berbanding gegelung elok.

Elok - warna berkilat

Selain daripada menggunakan pandangan kasar seperti perbandingan di atas, kita juga boleh menggunakan deria bau untuk mengetahui kerosakkan transformer. Transformer yang rosak biasanya akan panas melampau bila dibekalkan arus elektrik dan mengeluarkan asap putih. Bau asap tersebut ialah seperti bau kertas terbakar.

Gegelung primer yang rosak akan menyebabkan voltan menurun dengan banyak apabila dibekalkan arus elektrik sebab gegelungnya telah mengalami litar pintas dan telah saya tunjukkan pada klip video di atas.

Peringatan: Jangan gunakan bekalan elektrik 240vac untuk menguji HV transformer. Guna 'step down' transformer dan jangan uji terlalu lama pada transformer bermasalah. Jangan guna bekalan elektrik DC (arus terus) untuk menguji HV transformer.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.