Banyak transformer 12v seperti ini untuk kegunaan CCTV pernah dan telah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.
12v, 1A regulated adapter |
Hari ini saya dirujuk sebuah lagi adapater serupa dengan masalah ada voltan output apabila saya periksa dengan menggunakan multimeter namun terlalu tinggi iaitu 19v.
Kapasitor meletup... |
Gambar di atas merupakan keadaan di dalamnya setelah dibuka dan sebiji kapasitor 1000uf telah meletup.
Kapasitor 10v sahaja... |
Apabila kapasitor yang meletup saya buka dan periksa, saya dapati 'rating' yang digunakan cuma 10v sahaja. Mungkinkah kapasitor dengan 'rating' 10v sesuai pada adapter 12v?
Gantikan dengan kapasitor 25v... |
Dari pengalaman lepas, kapasitor tersebut harus menggunakan 25v sebab biasanya voltan selepas rectifier dan sebelum regulator harus lebih tinggi dari 12v.
Semua komponen yang rosak... |
Pemeriksaan menyeluruh mendapati komponen yang rosak adalah seperti telah saya labelkan pada gambar di atas iaitu:-
- sebiji voltage regulator - 7912
- sebiji kapasitor 470uf, 16v
- sebiji kapasitor 1000uf, 25v
19.2v pada kapasitor 1000uF... |
Setelah kesemua komponen rosak di atas saya tukar dan uji, voltan pada kapasitor 1000uF ialah 19.21v seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Jadi, kapasitor asal yang menggunakan 'rating' 10v adalah terlalu rendah menjadi punca ianya meletup.
Output - 12.02v |
Adapter seperti ini diketegorikan sebagai 'manufacturing defect' sebab ianya adalah kesilapan pengilang menggunakan komponen yang tidak sesuai. Jika melibatkan arus yang tinggi, kapasitor dengan 'rating' yang terlalu rendah dari sepatutnya akan meletup serta merta ketika diuji.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.