Wednesday 16 February 2022

Baiki peti sejuk LG tidak sejuk

Peti sejuk ini saya beli pada 03/09/2016 serta pernah saya baiki sekali pada 13/05/2020 dan anda boleh rujuk di sini.

Minggu lepas, masalah sama berulang lagi iaitu peti sejuk tidak sejuk dan ais lebur serta bocor membasahi lantai.

Ketika saya mengujinya, compressor tidak berfungsi walaupun thermostat telah saya laraskan sehingga bunyi 'tik' kedengaran. Apabila saya putuskan bekalan elektrik serta dibiarkan beberapa jam dan diuji semula, ianya boleh berfungsi semula namun compressor gagal berfungsi lagi setelah beberapa jam selepas itu dan peti sejuk tidak sejuk semula.

Tak faham label...

Dua tahun yang lepas saya telah gantikan 'PTC starter' dan kali ini saya gantikan 'overload protector' pula seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

compressor - 95W

Masalah yang saya hadapi kali ini ialah tidak tahu apakah 'rating' untuk 'overload protector' yang digunakan sebab nombor rujukan yang digunakan lain daripada yang lain dan ianya buatan China.

Compressor 95W guna 1/8HP overload protector...

Setelah membuat sedikit kajian di atas talian, akhirnya saya menemui cara-cara memilih 'overload protector' berdasarkan kekuatan (kuasa) compressor seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

overload baharu - buatan Korea

Sehingga blog ini ditulis, hari ini merupakan hari ke-3 peti sejuk saya diuji tanpa masalah setelah 'overload protector' telah saya gantikan dengan yang baharu.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.