Monday, 31 January 2022

LG 22LD330-TA LCD TV repair

Sebelum ini saya pernah membaiki TV jenis LCD seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

TV LCD ini pernah saya baiki sebelum ini dengan masalah yang sama iaitu layar tidak menyala dan cuma lampu indikator berwarna biru sahaja berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

LG 22LD330-TA

Jika TV elok, lampu indikator merah akan menyala ketika 'standby' dan bertukar ke warna biru apabila TV dihidupkan.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, kelihatan sebiji kapasitor bahagian output 1000uF, 25v telah saya tukar dahulu dan ditandakan pada gambar di bawah.

PSU (Power Supply Unit)

Pemeriksaan menyeluruh pada PSU menemui dua biji lagi kapasitor pada bahagian output rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Gantikan kapasitor yang rosak...

Biasanya kapasitor yang rosak boleh dilihat dengan mata kasar iaitu kembung namun kali ini kapasitornya kelihatan elok dan apabila diukur dengan multimeter, nilai kapasitan telah jauh berubah.

Kapasitor rosak - 1000uF, 25v

Selain nilai kapasitan yang telah jauh berubah, jika anda dapat bacaan yang berubah-ubah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah, kapasitor tersebut juga rosak dan perlu ditukar.

Setelah kedua-dua kapasitor 1000uf, 25v telah ditukar dan diuji, kini lampu indikator merah menyala ketika keadaan 'standby' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Lampu merah - standby

TV ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula. Menurut pemilik, TV ini dibeli pada tahun 2010 dan disambung ke sistem CCTV 24 jam setiap hari tanpa dipadam.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.