Thursday 27 January 2022

Replace running belt on Life Fitness CLST treadmill

Kebelakangan ini (selepas PKP) saya banyak dipanggil untuk membaiki treadmill dengan masalah kerosakkan 'running belt'.

Life Fitness CLST treadmill

Hari ini saya kongsikan pengalaman menukar 'running belt' untuk treadmill berjenama Life Fitness, model: CLST.

Model: CLST

Sebelum 'running belt' ini koyak, saya pernah dipanggil untuk melaras ketegangan sebab tergelincir (slipping) apabila digunakan.

Running belt koyak...

Seminggu selepas dilaras, kejadian 'slipping' berulang lagi kali ini bahagian yang disambung mulai koyak seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Spanar saiz 14 diperlukan...

'Running belt' yang telah koyak harus diganti demi keselamatan pengguna sebab ia akan putus jika terus digunakan dan sangat merbahaya.

Buka running deck...

Langkah-langkah membuka 'running belt' pada treadmill adalah hampir serupa serta pernah saya kongsikan sebelum ini di sini iaitu:-

  1. Buka kesemua penutup hadapan treadmill
  2. Longgarkan dan buka roller belakang dahulu, kemudian baru buka roller hadapan
  3. Buka papan (running deck) dan keluarkan bersama dengan running belt'

Bersihkan apa yang patut setelah dibuka...

Setelah 'running belt' dan 'running deck' dibuka, bersihkan bahagian dalam yang tidak mampu serta tidak pernah dilakukan sebelum ini sebelum memasang 'running belt' yang baharu.

Running belt baru & lama...

Cara memasang kembali pula ialah:-

  1. susun 'running belt' & 'running deck' pada kedudukan asal readmill
  2. pasang roller bahagian hadapan dulu
  3. kemudian pasang roller bahagian belakang
Siap...

Setelah semua telah dipasang kembali, kerja terakhir ialah melaras ketegangan 'running belt' pada bahagian belakang roller supaya tidak 'slipping' ketika digunakan.

Gambar di bawah adalah 'drive belt' yang digunakan pada treadmill ini dan nombor rujukkannya ialah 12 PJ 938 EJ41T.

Drive belt yang digunakan - 12 PJ 938 EJ41T

'Running belt' ini saya import dari Australia dan saiznya ialah 505mm x 3310mm.

Made in Australia

Banyak kerosakkan 'running belt' berlaku selepas PKP mungkin disebabkan treadmill tidak digunakan untuk jangkamasa lama dan mengakibatkan getah serta fabrik mengeras serta rapuh.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.