Thursday 6 January 2022

Karcher T 15/1 Vacuum Cleaner repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki penyedut hampagas (vacuum cleaner) dengan cara 'old school'.

Karcher T15/1

Pemilik cuma memberitahu saya ianya tidak berfungsi sahaja dan pemeriksaan awal pada plug 3-pin serta kabel masih elok.

Seterusnya saya buka penutup bahagian atas dan mendapati ianya boleh berfungsi apabila telah diketuk seperti boleh dilihat pada klip video di atas.

Lokasi 'carbon brush'...

Cara 'troubleshooting' dengan mengetuk saya panggil 'old school' sebab banyak peralatan elektrik kembali berfungsi apabila telah ditampar terutamanya radio serta TV di zaman 80an sebab masalah 'cold solder joint' pada papan litar.

'Carbon brush' telah habis...

Penyedut hampagas ini tidak mempunyai papan litar dan ianya tiada kaitan dengan 'cold solder joint'. Masalah sedemikian adalah disebabkan 'carbon brush' telah pendek dan tidak menyentuh armature.

Gantikan dengan 'carbon brush' baharu...

'Carbon brush' cuma akan menyentuh armature ketika diketuk/tampar dan berfungsi sekejap. Masalah akan berfungsi setelah diketuk selesai setelah 'carbon brush' telah saya gantikan dengan yang baharu.

Siap...

Jika anda ada masalah penyedut hampagas yang tidak berfungsi, anda boleh lah gunakan cara ketuk/tampar bagi mengetahui punca masalah seperti telah saya kongsikan di atas.

Selamat mencuba...


 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.