Thursday, 13 January 2022

ECONLITE SLE908 KELUAR sign repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk lampu kecemasan keluar yang hampir serupa seperti ini untuk di baiki dan anda boleh rujuk di sini.

keluar sign berjenama ECONLITE

Pagi ini saya dirujuk sebuah lampu kecemasan berjenama ECONLITE, model SLE908 dengan masalah lampu kecemasan tidak menyala apabila bekalan elektrik terputus.

Model: SLE908

Masalah lampu kecemasan tidak menyala adalah disebabkan kerosakkan pada 'rechargeable battery' dan harus ditukar.

Setelah bateri saya gantikan dan diuji, lampu kecemasan boleh menyala apabila bekalan elektrik terputus namun ianya masih juga menyala ketika ada bekalan elektrik seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Kapasitor 470uf, 25v kembung...

Pemeriksaan pada papan litar dengan mata kasar mendapati sebiji kapasitor kelihatan kembung dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Selain kembung, bacaan kapasitan pada kapasitor tersebut hanya kira-kira 100uF sahaja seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Kapasitor yang kembung harus ditukar dan tidak perlu diperiksa dengan menggunakan multimeter. Tujuan saya ukur menggunakan multimeter ialah untuk menunjukkan kepada semua ianya rosak serta bacaan kapasitan sentiasa berubah-ubah.

Siap...

Lampu kecemasan ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah bateri serta kapasitor yang kembung telah saya gantikan.

Klip video di atas menunjukkan lampu kecemasan (LED) padam setelah dibekalkan elektrik dan menyala apabila bekalan elektrik diputuskan.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.