Monday 10 January 2022

LG 60PN6500.ATS Plasma TV repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk TV sebegini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini & sini.

LG 60PN6500.ATS

Pemilik memberitahu saya, kali terakhir TV ini berfungsi ialah kedengaran bunyi sesuatu meletup dari dalam TV dan ianya gagal dihidupkan semula.

Ysus PCB...

Dari pengalaman lepas, masalah sedemikian pada TV plasma ini ialah kerosakkan pada papan litar Ysus seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Bahagian bawah Ysus PCB...

Pemeriksaan awal mendapati sebaris komponen mengalami litar pintas seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.


Walaupun sebaris ditemui mengalami litar pintas namun cuma dua biji RJP30H2 sahaja yang rosak dan cara memeriksanya boleh ditonton pada klip video di atas.

litar pintas pada 2 biji RJP30H2...

Cara untuk mengeluarkan komponen ini dari papan litar ialah memanaskannya dengan menggunakan angin panas dari 'rework soldering station' pada suhu 350°C.

Siap...

Pastikan komponen yang ditukar dipasang rapat pada papan litar sebab komponen ini akan panas sewaktu TV digunakan dan haba panas dibebaskan melalui 'heatsink'.

Setelah komponen siap diganti, periksa semula dan pastikan tiada litar pintas lagi dan bacaannya adalah sama pada kesemua komponen serupa berdekatan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

RJP30H2 telah diganti...

TV ini berjaya diselamatkan setelah kedua-dua komponen di atas telah saya gantikan dan ianya kembali berfungsi semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Selamat sejahtera encik.
    Boleh saya tahu lokasi/kedai encik di mana ? Saya nak bawa astro decoder saya untuk dirujuk kepada encik. HDMI port (out) nya tak berfungsi.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miri, Sarawak.

      https://www.facebook.com/astronjoirepair/

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.