Monday 24 January 2022

FABER FTF CLASSICO 120 BB table fan repair

Semalam saya dirujuk sebuah kipas angin berjenama FABER, model FTF classico 120 BB dengan masalah seluruh rumah bergelap apabila suis dihidupkan.

FABER FTF classico 120 BB table fan

Pemeriksaan awal pada 'plug top' mendapati ada litar pintas pada terminal wayar bumi (E) dan wayar neutral (N).

Model: FTF classico 120 BB

Seterusnya saya menemui kabel pada bahagian belakang kipas kelihatan terbakar serta lebur dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kabel belakang kipas lebur/hangus

Kabel yang rosak saya potong dan perlu membuka penutup bahagian belakang kipas untuk membuat pendawaiaan semula.

Potong bahagian kabel rosak...

Masalah litar pintas pada terminal wayar bumi (E) dan neutral (N) tiada lagi setelah bahagian kabel yang rosak saya potong dan membuat pendawaiaan semula.

Buka penutup belakang & sambung kabel...

Walaupun litar pintas sedikit sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah jika diukur menggunakan multimeter, ianya sudah memadai untuk mengakibatkan bekalan elektrik di rumah kita putus.

Litar pintas pada wayar neutral dan wayar bumi...

Jika anda ada masalah bekalan elektrik terputus ketika menghidupkan peralatan elektrik, tugas anda ialah mencari punca litar pintas tersebut. Masalah hanya akan selesai setelah litar pintas ditemui dan dibetulkan.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.