Sekali air bah, sekali pasir berubah. Tahun ini bantuan kerajaan telah dijenamakan semua sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan anda boleh mendaftarkan diri di sini.
| 1. Klik 'terlupa kata laluan' | 
Untuk pengetahuan semua, permohonan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan telefon pintar sahaja. Saya pada mulanya daftar menggunakan komputer (PC) dan tidak berjaya. Syarat kelayakan boleh dibaca di sini.
| 2. Semak e-mail untuk kata laluan... | 
Semua pemohon harus mendaftar semula dan caranya ialah:-
- Lawati laman BKM di sini
- Klik 'terlupa kata laluan'
- isi nombor kad pengenalan serta alamat e-mail
- dapatkan kata laluan di e-mail anda
- Log masuk dengan kata laluan yang diberi dan tukar kata laluan
- Permohonan diterima dan kemaskini permohonan
| 3. Permohonan diterima... | 
Lampirkan juga dokumen yang diminta seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah. 
| Lampiran diperlukan... | 
Selamat memohon...
 
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.